Dulu botak, kini berambut selepas henti guna syampu

Dulu botak, kini berambut selepas henti guna syampu

NICK Coetzee menunjukkan imejnya yang sudah berambut dan kelihatan lebih tampan.- TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hanya kerana berhenti menggunakan pencuci rambut, seorang lelaki yang dahulunya botak kini mendakwa rambutnya tumbuh lebat.

Lapor Mirror, Nick Coetzee memuat naik kisah dirinya dalam TikTok dan memberitahu dia mula kehilangan rambut sejak zaman universiti. 

Katanya, pada suatu hari dia pernah terfikir untuk menyihatkan rambutnya dengan ‘minyak semula jadi’ kerana mempunyai masalah rambut kusut dan bergumpal. 

Oleh itu, dia berhenti menggunakan syampu dan tidak lama kemudian dia mula menyedari perbezaannya. 

“Sangat mengejutkan kerana rambut saya kini menjadi lebih sihat dan lebat berbanding sebelum ini.

“Anda mungkin berfikir jika berhenti mencuci rambut, rambut akan menjadi akan menjadi berminyak. Namun, saya dapati rambut menjadi lebih sihat dan saya sudah buktikan selama tiga minggu.

“Minyak semula jadi daripada rambut akan menjadikan rambut anda lebih sihat dengan menyingkirkan semua bahan kimia syampu, sekali gus anda tidak perlu mencucinya lagi,” kongsinya.

Susulan itu, video tersebut mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengguna media sosial dan kebanyakan mereka juga ingin mencuba kaedah yang dikongsikan Coetzee.

Video itu ditonton lebih separuh juta pengguna dan ramai meninggalkan komen. 

“Sudah dua tahun saya tidak membasuh rambut atas alasan sama,” kata seorang pengguna TikTok. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya