Dua wanita Islam bertikam lidah dengan Le Pen - Utusan Malaysia

Dua wanita Islam bertikam lidah dengan Le Pen

WANITA warga Islam menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung tindakan Marine Le Pen yang mahu mengenakan larangan pemakaian tudung. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Dua wanita Islam dilaporkan bertikam lidah dengan calon pilihan raya Presiden Perancis, Marine Le Pen berhubung tindakannya untuk menyaman golongan itu yang memakai tudung di tempat awam sekiranya beliau dipilih.    

Lapor Daily Mail, insiden itu berlaku ketika Le Pen mengadakan lawatan untuk berjumpa dengan pengundi di sebuah pasar di selatan Perancis, kelmarin.  

Dalam lawatan ke pasar Provence di Petruis, seorang wanita warga emas meminta Le Pen memberi penjelasan berhubung  perbuatannya yang mengaitkan pemakaian tudung dengan politik. 

Le Pen pula menjawab dengan mendakwa tindakan itu berikutan wanita Perancis yang tidak memakai tudung kononnya berasa diketepikan.  

“Sudah tentu anda sedar wanita yang tidak bertudung berasa diketepikan, mereka diasingkan dan dihakimi kerana tidak memakai tudung.

“Saya tidak mahu mana-mana wanita di Perancis dihakimi demikian,” kata Le Pen.

Susulan tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, wanita warga emas itu menegur Le Pen dan mengkritik tindakannya.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda. Bagi saya pemakaian tudung adalah tanda menjadi seorang nenek,” kata wanita itu.

Mereka kemudian saling bertikam lidah sebelum Le Pen meninggalkan tempat itu.

Seorang lagi warga emas Islam berketurunan Algeria turut menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung tindakan Le Pen yang mahu mengenakan larangan pemakaian tudung.

Sebelum ini, calon pilihan raya Presiden Perancis itu berjanji akan melaksanakan peraturan menyaman wanita beragama Islam yang memakai tudung di tempat awam sekiranya beliau dipilih.

Menerusi manifesto baharu itu, Le Pen berkata, larangan pemakaian tudung di semua tempat awam akan dikuatkuasakan oleh polis seperti mana memakai tali pinggang keledar dalam kereta.      

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya