Daging eksotik buatan makmal bakal dijual - Utusan Malaysia

Daging eksotik buatan makmal bakal dijual

PATTI daging singa yang dihasilkan dalam makmal. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Orang ramai boleh menikmati daging eksotik seperti harimau, singa dan gajah tanpa perlu membunuh haiwan tersebut.

Lapor Oddity Central, syarikat teknologi makanan, Primeval Foods merancang untuk menjual pelbagai daging haiwan liar yang dihasilkan dalam makmal.

Antara produk daging eksotik bakal dijual adalah patti daging singa, nuget harimau dan ham zirafah.

“Memandangkan pasaran alternatif daging menjadi semakin kompetitif, banyak syarikat teknologi makanan mengambil peluang memperkenalkan cara baharu untuk mempromosikan produk mereka.

“Primeval Foods, sebuah syarikat permulaan berpangkalan di London yang mengkhususkan dalam pertanian selular, merancang untuk menjual daging eksotik dihasilkan dalam makmal,” jelas laporan itu.

Menurut laporan tersebut, tiada hidupan liar yang dibunuh dalam proses penghasilan daging eksotik di makmal kerana ia sebenarnya diperbuat daripada sel kultur.

Kultur merupakan istilah bagi daging dihasilkan dalam makmal daripada sel haiwan.

“Antara sebab pengambilan daging haiwan peliharaan seperti daging lembu dan ayam kerana ia paling mudah untuk dijinakkan.

“Jadi, daging dihasilkan dalam makmal secara tidak langsung membolehkan kita melangkaui spesies haiwan yang dijinakkan.

“Malah, kita juga dapat meneroka pilihan yang lebih sedap dan paling berkhasiat,” kata Pegawai Pengurusan di Ace Ventures (syarikat disebalik Primeval Foods) kepada Food Navigator. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya