Cuba buka pintu pesawat, penumpang didenda AS$80,000

Cuba buka pintu pesawat, penumpang didenda AS$80,000

pesawat
PENUMPANG pesawat American Airlines yang mencetuskan kekecohan ketika penerbangan dari Dallas ke Charlotte, didenda sebanyak AS$81,950. - TIKTOK/ARIEANA MATHENA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang penumpang pesawat American Airlines yang pernah diikat dengan pita pelekat di tempat duduk selepas membuat kecoh dalam satu penerbangan pada tahun lalu, dikenakan denda.

Lapor Daily Mail, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengenakan denda sebanyak AS$81,950 (RM346,311) terhadap wanita itu serta sejumlah penalti ke atas penumpang lain yang bergaduh.

Denda itu merupakan yang tertinggi pernah dikeluarkan FAA terhadap penumpang syarikat penerbangan.

Menurut FAA, penumpang wanita itu menaiki pesawat itu dari Dallas ke Charlotte pada Julai tahun lalu apabila dia terjatuh ke laluan aisle.

Jelasnya, wanita itu mengancam untuk mencederakan pramugari yang mahu membantunya ketika insiden itu berlaku.

“Penumpang mengamuk itu kemudian menolak pramugari ke tepi dan cuba membuka pintu kabin.

“Wanita tersebut juga berulang kali memukul kepala pramugari dan dia segera ditahan menggunakan gari fleksibel namun sempat meludah, menggigit dan menendang anak kapal serta penumpang lain,” jelas FAA.

Dalam pada itu, FAA memaklumkan pihaknya menyaksikan peningkatan mendadak dalam insiden ‘penumpang gagal dikawal’ sejak permulaan pandemik Covid-19.

Jelasnya, agensi itu sudah memulakan sebanyak 1,099 siasatan pada tahun lalu, meningkat daripada 183 kes pada 2020 dan 146 pada 2019.       

Menteri Pengangkutan, Pete Buttigieg dalam satu temubual dalam rancangan The View menasihati para penumpang untuk bersikap lebih hemah sebelum mengumumkan denda tersebut.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya