Coklat Kinder mengandungi wabak Salmonella merebak ke 11 negara

Coklat Kinder mengandungi wabak Salmonella merebak ke 11 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis yang dikaitkan dengan produk coklat ‘Kinder’ keluaran Belgium.

WHO dalam kenyataan memaklumkan, kes berkaitan bakteria Salmonella Typhimurium disyaki akibat penggunaan produk coklat dan dilaporkan di 11 negara setakat Isnin lalu.

Negara terlibat ialah Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kanak-kanak berusia bawah 10 tahun turut terjejas dan golongan wanita membentuk 66 peratus daripada kes-kes yang dilaporkan.

Sebanyak 21 kes bergejala dilaporkan, iaitu 12 kes cirit-birit berdarah dan sembilan orang dimasukkan ke hospital.

Tiada kematian akibat wabak itu dilaporkan setakat Isnin lalu.

Penjujukan genetik bakteria salmonela dalam makanan mencetuskan kegusaran patogen tersebut berasal dari tangki susu mentega di sebuah kilang yang dikendalikan pembuat coklat Ferrero, di bandar Arlon, Belgium.

Menurut WHO, wabak salmonela mempunyai daya tahan terhadap enam jenis antibiotik.

Sekurang-kurangnya 113 negara di seluruh Eropah dan global mengimport produk Kinder.

Amaran global dikeluarkan oleh Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa (INFOSAN), program bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pada 10 April, mengakibatkan penarikan semula produk berkenaan dari pasaran global.

WHO menilai risiko penyebaran di rantau Eropah dan global sebagai sederhana.

Menurut WHO, gejala salmonellosis agak ringan dan pesakit akan pulih tanpa rawatan khusus bagi kebanyakan kes.

Bagaimanapun, risiko lebih tinggi bagi sesetengah kanak-kanak dan pesakit warga emas iaitu dehidrasi yang boleh menjadi semakin teruk dan mengancam nyawa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya