Biden gagal halang Rusia

Biden gagal halang Rusia

TENTERA Ukraine mengawal keselamatan di perkampungan Lukianivka, berdekatan Kyiv, selepas serangan menyebabkan kenderaan musnah terbakar.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Komander Tertinggi Amerika Syarikat (AS) di Eropah, Tod Wolters mempersoalkan tindakan Presiden AS, Joe Biden yang mengenakan sekatan terhadap Rusia gagal menghentikan peperangan di Ukraine.

Lebih memburukkan keadaan apabila Biden masih berkeras mempertahankan tindakannya adalah betul.

Biden menjelaskan tindakan sekatan yang dilakukan bukan bertujuan menghalang atau menghentikan peperangan di Kyiv.

“Kalau anda dengar daripada awal saya pernah katakan sekatan bukan bermaksud menghalang Rusia,” kata Biden semasa mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera.

Beberapa pegawai tertinggi AS pula berbeza pendapat mengenai kenyataan itu.

Menerusi temubual CNN, Setiausaha Negara, Antony Blinken berkata, tujuan sekatan pada mulanya adalah cuba menghalang Rusia daripada berperang.

Wolters pula berkata, pencerobohan Rusia di Ukraine menyebabkan AS terpaksa menambahkan bilangan tentera sebanyak 60,000 ke 102,000 orang.

“Saya fikir apa yang perlu dilakukan dari perspektif AS adalah melihat apa yang berlaku di Eropah dengan mengkaji sumbangan Eropah serta bersedia mengubah sumbangan AS,” kata Wolters.

Dalam kenyataan pembukaan semasa mesyuarat itu, Rabu lalu, Wolters berkata, pencerobohan Rusia menyebabkan 30 anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berada dalam ketakutan.

Malah, kelajuan ‘tidak dapat ditandingi’ apabila Pentagon mengerahkan seluruh pasukan tempur briged berperisai ke Jerman dalam masa seminggu.

Sehari sebelum itu, Pentagon mengumumkan akan menghantar sebanyak enam kapal tentera laut yang dilengkapi kelengkapan peperangan elektronik ke Jerman bagi memperkukuhkan sayap timur NATO dengan 240 anggota tentera.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya