KENYA: Bekas Presiden Kenya, Mwai Kibaki meninggal dunia hari ini ketika berusia 90 tahun.
Lapor BBC, berita itu dimaklumkan oleh Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta yang turut mengumumkan tempoh berkabung sehingga pengebumian mendiang selesai.
Jelasnya, bendera negara juga akan dikibarkan separuh tiang.
Kibaki akan diberikan penghormatan pengebumian negara dengan penghormatan penuh tentera.
Ramai rakyat negara ini meluahkan kesedihan dan rasa kehilangan terhadap presiden terbaik Kenya sejak zaman merdeka.
Mendiang adalah seorang ahli ekonomi yang berjaya meletakkan negara di landasan pertumbuhan ekonomi.
Kibaki memegang beberapa jawatan kanan dalam perbendaharaan dan kerajaan.
Kerjaya politiknya menjangkau selama beberapa dekad.
Mendiang tewas kepada Kenyatta semasa pilihan raya 2002 sekali gus menamatkan pemerintahan selama 40 tahun yang bertunjangkan satu parti sejak merdeka.
Pemilihan semula Kibaki pada 2007 mencetuskan keganasan selama berbulan-bulan di seluruh negara dan menyebabkan 1,200 kematian.-BBC