Banjir di Afrika Selatan: Angka korban meningkat kepada 443 orang - Utusan Malaysia

Banjir di Afrika Selatan: Angka korban meningkat kepada 443 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DURBAN: Sekurang-kurangnya 443 orang terkorban akibat banjir yang melanda wilayah KwzZulu-Natal di Afrika Selatan.

Angka kematian terbaharu dimaklumkan oleh seorang pegawai ketika pasukan penyelamat berusaha mencari puluhan mangsa yang masih hilang di wilayah pantai tenggara itu.

Lapor Al Jazeera, ketua menteri, Sihle Zikalala berkata, antara mangsa maut dalam kejadian itu termasuk dua pekerja kecemasan.

Katanya, seramai 63 orang lagi masih gagal dikesan.

Banjir yang melanda wilayah KwaZulu-Natal pada minggu lalu merupakan bencana alam paling buruk pernah dialami penduduk di kawasan tersebut.

Hujan lebat mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh sehingga menghanyutkan rumah, merosakkan bangunan sekali gus menjejaskan bandar Durban dan kawasan sekitarnya.

Kebanyakan mangsa terkorban adalah di Durban dan sejumlah bahagian di bandar itu tiada bekalan air selama beberapa hari.

Dilaporkan, puluhan hospital dan lebih 500 sekolah di wilayah itu juga musnah dalam kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya