Banduan khatam al-Quran enam kali sepanjang Ramadan

Banduan khatam al-Quran enam kali sepanjang Ramadan

SEBANYAK 11 banduan di penjara Serang khatam al-Quran sebanyak enam kali sepanjang Ramadan ini. - ANTARA FOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak 11 banduan di Penjara Serang berjaya khatam al-Quran sebanyak enam kali sepanjang Ramadan tahun ini dan mereka manyasarkan bahu khatam dua kali lagi sebelum bulan suci ini berakhir.

Seorang daripada banduan tersebut, Idris MF berkata, rutian harian mereka adalah menunai solat Dhuha setiap pagi dan mula mengaji sehingga waktu Zuhur.

Idris dimasukkan ke penjara tersebut sejak 2019 selepas dihukum penjara selama empat tahun kerana didapati bersalah mengambil dadah.

Sepanjang berada di penjara, Idris sering mengajar rakan-rakannya mengaji, malah ada dalam kalangan mereka tidak mengenal huruf jawi.

“Saya sentiasa berasa senang untuk mengajar rakan-rakan mengaji dan perasaan dapat khatam al-Quran beramai-ramai itu amat menggembirakan selain berasa syukur atas peluang diberikan Allah SWT.

“Diharapkan kami dapat khatam dua kali lagi sebelum berakhirnya Ramadan tahun ini,” katanya kepada CNN Indonesia.

Selain itu, Idris dan rakan-rakannya juga sering melakukan iktikaf, terutamanya dalam tempoh 10 hari terakhir Ramadan.

Katanya, inilah peluang yang mereka ambil untuk tambah pahala dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

“Kami ini orang yang melakukan kesalahan, maka kami perlu ambil peluang ini (bulan Ramadan) untuk raih pahala sebanyak mungkin.

“Diharapkan Allah SWT mengampuni dosa-dosa kami dan menerima semua ibadah kami,” ujar Idris.

Seorang lagi banduan, Muhammad Abdul Ghoni pula berkata, adalah lebih baik untuk membaca al-Quran berbanding hanya tidur dan termenung di dalam sel.

“Lebih baik baca al-Quran. Inikan bulan Ramadan, setiap kebaikan itu mendapat ganjaran berlipat ganda.

“Saya tidak mahu Ramadan kali ini hanya dipenuhi dengan mengelamun dan tidur sepanjang hari,” jelasnya.

Penjara tersebut dihuni kira-kira 500 banduan yang melakukan pelbagai kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya