Babak LGBT punca Doctor Strange 2 diharam tayang di Arab Saudi

Babak LGBT punca Doctor Strange 2 diharam tayang di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Beberapa negara Asia Barat termasuk Mesir dan Arab Saudi membuat keputusan untuk mengharamkan tayangan filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness kerana satu babak yang berunsurkan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

Filem yang bakal ditayangkan beberapa hari sahaja di seluruh dunia itu bakal memperkenalkan watak America Chavez, yang merupakan simbol LGBT di dalam filem ini.

Penyelia Klasifikasi Filem di Arab Saudi, Nawaf Al-Sabhan mendedahkan pihaknya hanya mempunyai masalah dengan babak 12 saat dalam filem berkenaan yang merujuk kepada LGBT.

Babak 12 saat itu dikatakan mengandungi dialog yang memaparkan America Chavez bercakap tentang dua orang ibunya yang merupakan pasangan lesbian.

“Ia hanya satu adegan dia bercakap dengan kedua-dua ibunya. Ia adalah satu perkara yang sukar untuk diluluskan di negara Asia Barat,” katanya.

Nawaf berkata, pihaknya sudah meminta Disney untuk memotong babak 12 saat tersebut, tetapi Disney berdegil supaya babak itu dikekalkan dalam tayangan.

Pihak Imax Egypt pula mengumumkan perkara tersebut sejak 23 April lalu, sehingga membuatkan peminat setia Marvel di negara itu kecewa termasuk ada yang merayu agar filem itu tidak diharamkan kerana satu ‘babak kecil’.

Sebelum ini, filem The Eternals turut menerima nasib serupa di beberapa negara Asia Barat dengan sebab sama iaitu mempunyai watak yang memperjuangkan agenda LGBT.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness kekal ditayangkan di Malaysia seawal 4 Mei depan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya