AS tidak dapat sahkan penggunaan senjata kimia di Mariupol - Utusan Malaysia

AS tidak dapat sahkan penggunaan senjata kimia di Mariupol

SEBAHAGIAN bangunan teater yang musnah akibat serangan bom Rusia di bandar Mariupol, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada masa ini tidak dapat mengesahkan sama ada Rusia menggunakan senjata kimia dalam serangan di bandar pelabuhan Mariupol di Ukraine.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai kanan pertahanan AS.

Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Malyar berkata, kerajaan sedang menyemak maklumat yang belum disahkan bahawa Rusia mungkin menggunakan senjata kimia semasa mengepung bandar Mariupol.

“Buat masa ini, kami tidak dapat mengesahkan penggunaan senjata kimia,” kata pegawai kanan AS itu yang enggan mendedahkan identitinya.

Pegawai itu mendakwa AS tidak mempunyai maklumat untuk menyokong dakwaan penggunaan senjata kimia oleh Rusia. 

Bulan lalu, Presiden AS, Joe Biden berkata, tuduhan Rusia kononnya Kyiv mempunyai senjata biologi dan kimia adalah tidak berasas.

Malah, beliau berkata, Presiden Vladimir Putin mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan senjata terbabit di Ukraine.

Pengeluaran, penyimpanan dan pengeluaran senjata kimia adalah dilarang di bawah Konvensyen Senjata Kimia 1997.

Walaupun dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia, penggunaan fosforus putih tidak disekat dibawah konvensyen tersebut.

Memetik laporan agensi berita Interfax, kumpulan pemisah yang disokong Rusia di timur menafikan penggunaan senjata kimia di Mariupol. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya