AS cadang Rusia disingkirkan daripada PBB

AS cadang Rusia disingkirkan daripada PBB

NEGARA anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi resolusi mengecam serangan Rusia terhadap Ukraine di New York, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Amerika Syarikat (AS) mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyingkirkan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia badan tersebut.

Langkah itu dimulakan oleh AS sebagai tindak balas terhadap penemuan ratusan mayat selepas tentera Rusia berundur dari bandar berhampiran Kyiv, Ukraine.

Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menggesa Rusia dilucutkan daripada keahlian dalam Majlis Hak Asasi Manusia susulan beberapa video dan gambar memaparkan mayat didakwa orang awam bergelimpangan di sekitar bandar Bucha. 

“Kami percaya tentera Rusia melakukan jenayah perang di Ukraine dan Moscow harus dipertanggungjawabkan terhadap tindakan mereka.

“Penyertaan Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia adalah sandiwara semata-matanya,” katanya.  

Rakaman video dan laporan berita dari bandar itu mencetuskan gelombang kebencian antarabangsa serta desakan agar Rusia dikenakan sekatan lebih ketat.

Perhimpunan Agung PBB dijangka mengundi resolusi untuk menggantung hak keahlian Persekutuan Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia’.  

Resolusi itu antara lain memaparkan mengenai `kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan dan hak asasi yang berterusan di Ukraine terutamanya laporan pencabulan dan penyalahgunaan hak asasi manusia serta pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa oleh Rusia’.

Rusia boleh disingkirkan sekiranya mendapat majoriti undian dua pertiga dalam Perhimpunan Agung PBB. 

Sebelum ini, Perhimpunan Agung PBB memperoleh sokongan majoriti besar terhadap resolusi menuntut Rusia menghentikan peperangan di Ukraine serta-merta dan menyalahkan Moscow atas krisis kemanusiaan yang tercetus di negara itu. 

Sebanyak 140 negara anggota mengundi untuk menyokong, 38 berkecuali, manakala, lima lagi menentang resolusi tersebut. 

Dalam pada itu, Thomas-Greenfield menggesa 140 negara anggota yang mengundi menyokong resolusi sebelum ini, untuk terus menyokong penggantungan keahlian Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia. 

Sementara itu, Duta Rusia di Geneva, Gennady Gatilov menyelar tindakan AS dan menyifatkannya sebagai `keberanian tidak berasas dan semata-mata beremosi untuk kelihatan baik di hadapan kamera’. – AP   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya