Arahan pakai pelitup muka dalam pengangkutan awam AS dibatalkan - Utusan Malaysia

Arahan pakai pelitup muka dalam pengangkutan awam AS dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) membatalkan arahan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam yang sebelum ini dikuatkuasakan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden.

Hakim Kathryn Kimball Mizelle berkata, arahan pemakaian pelitup muka melebihi kuasa berkanun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Sebelum ini, arahan pemakaian pelitup muka ketika menaiki kapal terbang, tren bawah tanah, kereta api, bas dan teksi dilanjutkan CDC sehingga 3 Mei ini berikutan peningkatan kes Covid-19.

Sejumlah syarikat penerbangan AS dan ahli politik Parti Republikan juga menggesa supaya arahan itu ditamatkan.

Sementara itu, setiausaha akhbar White House, Jen Psaki menyifatkan keputusan tersebut sebagai ‘mengecewakan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya