Al-Aqsa hanya untuk umat Islam

Al-Aqsa hanya untuk umat Islam

SEORANG lelaki Palestin berdoa di depan Masjid Kubah Batu di pekarangan Al-Aqsa. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Liga Arab menggesa Israel melarang orang Yahudi masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur untuk menunaikan ibadah mereka kerana tindakan itu hanya mencetuskan ketegangan. 

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tuntutan pihaknya adalah jelas semua kawasan Al-Aqsa dan Haram al-Sharif adalah tempat suci bagi umat Islam menunaikan ibadah.

Susulan itu, beliau sudah menerima jaminan Israel akan melarang penganut Yahudi memasuki Al-Aqsa.  

Ayman berkata demikian selepas mesyuarat tergempar liga tersebut di Amman bagi membincangkan ‘polisi dan tindakan haram Israel’.

Mesyuarat itu dihadiri oleh negara yang menormalisasikan hubungan dengan Israel termasuk Emiriah Arab Bersatu, Morocco, Tunisia, Algeria, Arab Saudi, Qatar, Mesir dan wakil Pihak Berkuasa Palestin. 

Ketua Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata, Israel jelas mencabul dasar sejak berkurun lalu yang menetapkan orang bukan Islam hanya boleh melawat Masjid Al-Aqsa, tetapi tidak boleh beribadah di sana. 

Terkini, Israel melarang penduduk Yahudi memasuki pekarangan Al-Aqsa sehingga bulan Ramadan berakhir. 

Kerajaan pimpinan Naftali Bennett membuat keputusan menutup pekarangan Al-Aqsa kepada penduduk Yahudi bermula semalam sehingga 1 Mei ini. 

Sepanjang tempoh itu, Israel hanya membenarkan penduduk Palestin beribadah di masjid berkenaan. 

Minggu lalu, Polis Israel meletupkan pekarangan masjid ketiga suci bagi umat Islam sehingga menyebabkan 158 rakyat Palestin cedera dan ratusan yang lain ditahan. 

HAMAS TAK GENTAR 

POLIS Israel berdiri di depan golongan wanita Islam yang sedang membaca al-Quran di depan Kubah Batu, Baitulmuqaddis semasa orang Yahudi melawat kawasan itu.-AFP

Sementara itu, Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata, serangan Israel di Semenanjung Gaza sebenarnya membangkitkan semangat rakyat Palestin menentang penjajahan dan meningkatkan sokongan penduduk di Baitulmuqaddis.

Ketegangan antara rakyat Palestin dan Israel semakin meningkat sejak permulaan puasa di bulan Ramadan apabila Zionis menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menyerang orang Islam di ruang solat. 

Kekejaman Israel menerima kecaman dari negara Islam kerana kebimbangan akan mencetuskan peperangan baharu di Gaza. 

Pada masa sama, Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh mengeluarkan amaran tegas terhadap pencerobohan Israel. 

“Kita masih di permulaan pertarungan.

“Semua tindakan penceroboh di Al-Aqsa secara strategik akan membawa konflik, sementara ‘realitinya tetap tidak berubah,” katanya. 

Ismail memberi amaran tindakan yang dilakukan oleh Israel di Al-Aqsa hanya memendekkan kewujudan mereka sebelum akhirnya akan diusir dari tanah Palestin. 

Rabu lalu, ratusan pelampau Israel merancang melakukan ‘perarakan bendera’ melalui al-Quds bagi mengesahkan kehadiran mereka di bandar Palestin yang dijajah. 

Polis Israel terpaksa menghentikan perarakan itu kerana bimbangan kemarahan warga Palestin yang semakin meningkat.

RAMAI CEDERA AKIBAT SERANGAN

Dalam pada itu, seramai 30 rakyat Palestin mengalami kecederaan susulan serangan ganas tentera Israel di pekarangan Al-Aqsa.

Khamis lalu, Zionis Israel menyerang umat Islam yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat subuh di pekarangan Kota Lama Al-Quds. 

Pihak tentera menggunakan peluru getah, gas pemedih mata, bom tangan dan semburan lada terhadap jemaah masjid. 

Rakyat Palestin membalas keganasan tersebut dengan membaling batu dan bom molotov.-AL-JAZEERA/Agensi  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya