Yoga akan diperkenalkan sebagai aktiviti sukan di sekolah Arab Saudi

Yoga akan diperkenalkan sebagai aktiviti sukan di sekolah Arab Saudi

ORANG ramai menghadiri kelas Yoga di pulau kecil di tasik Hakka, UAE.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Yoga akan diperkenalkan di sekolah Arab Saudi sebagai sebahagian daripada aktiviti sukan.

Lapor Arab News, Presiden Jawatankuasa Yoga Saudi (SYC), Nouf al-Marwaai berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan yoga kepada semua sekolah di negara itu menerusi aktiviti kurikulum.

Jelasnya, Yoga menjadi pilihan kerana mengandungi banyak kebaikan kepada kesihatan.

Minggu lalu, SYC dan Persekutuan Sukan Sekolah Saudi menjalinkan kerjasama bagi memperkenalkan yoga di seluruh sekolah.

Pihak kementerian meluluskan pengajaran dan amalan yoga sebagai sukan di negara itu sejak November 2017.

Nouf berkata, yoga sangat signifikan kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang.

“Sistem sekolah di negara ini berhasrat memastikan semua aktiviti yang dijalankan menyumbang kepada perkembangan pelajar dari aspek fizikal dan akademik.

“Saya percaya pengenalan Yoga dalam sistem pendidikan adalah tindakan yang efektif.

“Kita tinggal dalam era teknologi yang menyebabkan semua orang bergantung kepada telefon bimbit, tablet dan gajet yang memberikan kesan negatif terhadap kehidupan.

“Oleh itu, kita perlu melatih anak muda dengan mengamalkan yoga sebagai satu bentuk disiplin hidup dan menanam minda dengan perkara penting,” jelasnya.

Di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan (2008) pernah mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, beliau berkata, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya