Wanita meracau ketika tonton filem seram dalam panggung wayang

Wanita meracau ketika tonton filem seram dalam panggung wayang

TANGKAP layar video menunjukkan pengunjung wanita itu ditenangkan rakannya sebelum dibawa keluar oleh petugas panggung wayang. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Seorang pengunjung didakwa ‘mengalami gangguan mistik’ ketika menonton wayang cerita hantu di sebuah panggung wayang, di sini baru-baru ini.

Lapor Tribunnews, kejadian itu sempat dirakam oleh pengunjung lain yang berada di dalam panggung wayang tersebut.

Menerusi video yang tular dalam media sosial, seorang pengunjung wanita yang duduk di bahagian tengah panggung wayang itu dilihat tiba-tiba menangis.

Seorang saksi yang dikenali sebagai E Zahra memberitahu, mereka ketika itu menonton filem seram berjudul ‘Iblis Dalam Kandungan’ dan wanita itu tiba-tiba menangis ketika filem berkenaan hampir tamat.

“Ketika di pertengahan cerita, wanita itu sudah mula menangis dan tangisannya semakin menjadi-jadi semasa filem semakin hampir ke penghujung.

“Kemudian, pengunjung wanita itu terus meracau dan bercakap perkara yang sukar difahami.

“Kami dapat mendengar wanita itu bercakap ‘suruh anak ini lihat saya, mahu ikut saya tak?’,” katanya.

Situasi itu menimbulkan panik dalam kalangan pengunjung lain dan menyebabkan filem itu dihentikan serta-merta.

Petugas panggung wayang kemudiannya menyalakan lampu dan membawa pengunjung wanita itu keluar.

Zahra memaklumkan, dia tidak tahu bagaimana keadaan wanita itu selepas dia dibawa keluar dari panggung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya