Wanita dirogol depan suami, anak sendiri

Wanita dirogol depan suami, anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Bagaikan menonton filem Tamil apabila disajikan dengan adegan di luar jangkaan dan di luar batas pemikiran.

Namun, filem yang sering dibayangkan sebagai sebuah rekaan semata-mata bukan lagi khayalan, apabila seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dirogol di depan suami dan anak-anak sendiri di daerah Dholpur, Rajasthan.

Lapor India Today, wanita itu turut mendakwa suaminya dipukul oleh suspek yang menyerang mereka secara berkumpulan.

Timbalan Ketua Polis daerah, Vijay Kumar Singh mengesahkan menerima laporan tersebut.

Jelasnya, kejadian berlaku selepas mangsa bersama suami dan dua anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah.

Semasa perjalanan pulang, mereka ditahan enam suspek lelaki dan mengacukan pistol.

“Dua daripada enam suspek didakwa memperkosa wanita itu di hadapan suami dan anak-anaknya.

“Selepas melakukan jenayah itu, kesemua suspek melarikan diri,” katanya.

Pihak polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat atas kesalahan merogol dan serangan fizikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya