Wanita berpakaian tapi 'telanjang' antara ciri pengikut Dajjal

Wanita berpakaian tapi ‘telanjang’ antara ciri pengikut Dajjal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Berpakaian tetapi telanjang iaitu wanita yang berpakaian ketat, membentuk dan menonjolkan lekuk tubuh, mengenakan pakaian yang nipis serta tidak menutup aurat dengan baik dikategorikan sebagai pengikut Dajjal oleh pendakwah terkenal, Dr. Muhammad Ahmad al-Mubayyadh.

Wanita yang berpakaian seperti ini menjadi ciri-ciri wanita pengikut dajjal seperti tanda-tanda kiamat yang disebutkan dalam al-Quran dengan salah satunya adalah kemunculan Dajjal.

Seperti yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Dajjal diketahui akan menyebarkan fitnah di muka bumi.

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah bersabda: “Tidak ada satu pun mahluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya lebih besar dari Dajjal.”

Menurut hadis, golongan yang menjadi pengikut dajjal adalah kaum Yahudi, kelompok Khawarij, pelaku bidaah dan kesesatan, para wanita, syaitan, tukang sihir, dan pemuas nafsu syahwat.

Salah satu golongan pengikut dajjal adalah para wanita, berdasarkan hadis riwayat Ahmad tersebut.

Bukan bermaksud merendahkan wanita, Dr. Mubayyadh berkata, kebanyakan wanita yang mengikut Dajjal kerana tergoda dengan syahwat dunia dan tidak mendahulukan akalnya sebagaimana golongan lelaki.

Tentunya tidak semua wanita seperti yang disebutkan, namun demikian, tidak salah bagi kita untuk mengenali ciri-ciri wanita pengikut dajjal.

Selain itu, Dr. Mubayyadh berkata, wanita yang membaca al-Quran hanya sampai di kerongkong turut tergolong dalam kategori tersebut.

“Maksudnya wanita yang rajin membaca al-Quran, namun hanya sekadar membacanya sahaja dan tidak meresap dalam hati.

“Wanita yang hanya menunjukkan kegemarannya dalam membaca al-Quran, namun akhlaknya tidak terpuji dan masih melakukan perbuatan tercela,” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya