Ukraine kumpul dana melalui mata wang kripto - Utusan Malaysia

Ukraine kumpul dana melalui mata wang kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Kerajaan Ukraine bekerjasama dengan firma kripto FTX dan Everstake untuk melancarkan laman web yang akan menyalurkan dana kepada bank pusat negara itu yang ketika ini berusaha memerangi pencerobohan Rusia.

Melalui laman web ‘Aid for Ukraine‘, pengguna boleh menawarkan derma dalam bentuk 10 mata wang kripto termasuk bitcoin, ether, tether dan dogecoin.

Timbalan Menteri Transformasi Digital Ukraine, Oleksandre Borniakov berkata, mata wang kripto memainkan peranan penting dalam pertahanan negara itu.

“Aset mata wang kripto terbukti sangat berharga dalam memudahkan aliran pembiayaan kepada rakyat dan tentera Ukraine,” katanya dalam kenyataan.

Firma kripto Everstake yang juga antara terbesar di Ukraine akan membenarkan pengguna membuat sumbangan dalam pelbagai jenis mata wang kripto.

laman web itu juga bercadang untuk menambah keupyaan menderma NFT pada masa akan datang.

Platform pertukaran FTX yang berpangkalan di bahamas dan diasaskan oleh jutawan Amerika Syarikat (AS), Bankman-Froed akan menukar dana didermakan kepada dolar dan menyerahkannya kepada Bank Negara Ukraine.

Menjelang pukul 2.30 pagi waktu tempatan hari ini, hampir AS$49 juta (RM206 juta) sumbangan berkaya dikumpul bagi mencapai sasaran sebanyak AS$200 juta (RM841 juta).

Kesemua dana berkenaan akan digunakan untuk menyokong keperluan tentera Ukraine dan orang awam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya