UAE tetapkan tempoh bekerja 9 pagi sampai 2.30 petang semasa Ramadan - Utusan Malaysia

UAE tetapkan tempoh bekerja 9 pagi sampai 2.30 petang semasa Ramadan

TIGA negara teratas bagi import kurma tahun lalu iaitu Tunisia, Arab Saudi dan Iran. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Kerajaan UAE mengumumkan waktu bekerja semasa bulan Ramadan bagi agensi Persekutuan bermula dari pukul 9 pagi hingga 2.30 petang, iaitu dari Isnin hingga Khamis.

Lapor Arab News, bagi hari Jumaat, tempoh bekerja semasa bulan puasa itu adalah dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Keputusan terbaharu itu akan membenarkan kakitangan kerajaan menikmati masa bekerja fleksibel pada hari Jumaat serta 40 peratus golongan pekerja dibenarkan bekerja dari rumah.

Peraturan bekerja dari rumah itu mesti dipersetujui majikan dan pekerja berdasarkan syarat tertentu.

Agensi Persekutuan perlu mengenal pasti jenis pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah dengan menguruskan senarai tugasan kepada pekerja pada hari Jumaat.

Sistem bekerja baharu itu dapat membantu penjawat awam yang tinggal berjauhan dari tempat kerja atau berdepan kesukaran ke tempat kerja.

Bulan Ramadan dijangka disambut bermula 2 atau 3 April depan di seluruh dunia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya