Tuan rumah malukan penyewa gagal bayar sewa

Tuan rumah malukan penyewa gagal bayar sewa

NOTIS tunggakan bayaran sewa bulanan yang digantung oleh pemilik rumah di Queens, New York. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Berang dengan penyewa rumah yang gagal melunaskan bayaran sewa setiap bulan, seorang pemilik rumah menggantung kain rentang besar di Jalan 175, Springfield Gardens.  

Lapor New York Post, Jean Thompson bertindak sedemikian kerana penyewa tersebut gagal membayar tunggakan sewa berjumlah AS$17,000 (RM71,427).  

Katanya, kain rentang itu dipasang dengan harapan penyewa berkenaan akan berasa malu dan membuat pembayaran segera. 

Wanita itu turut memuat naik dalam video TikTok sehingga meraih 14,000 tanda suka serta komen sokongan. 

kain rentang itu tertera perkataan ‘Penyewa di tingkat satu tidak membayar sewa rumah‘.

Wanita yang sudah berkahwin itu mempunyai dua rumah milik keluarganya sejak 1989. 

Pemilik rumah itu memfailkan kes tersebut ke Mahkamah Perumahan di Queens bulan lalu. 

Namun, disebabkan 200,000 kes pengusiran dari rumah sewa masih tertangguh di bandar itu selepas pandemik Covid-19, wanita itu melihat tindakan penghinaan sebagai taktik terbaik. 

Anak Thompson, Calvin Jr. berkata, kain rentang itu sangat memalukan buat penyewa tersebut. 

“Itu sahaja saluran yang kami ada iaitu kebebasan bersuara. Sepanduk itu berjaya kerana penyewa, Kathia Lamour cuba menanggalkan notis itu. 

“Malah, semasa menghubungi Uber, dia sanggup tunggu di belakang blok bangunan supaya orang lain tidak melihat dirinya keluar dari rumah ini,” katanya. 

Calvin berkata, masalah bermula sejak Julai tahun lalu, selepas ibunya menaikkan sewa rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dari AS$1,800 ke AS$1,900 (RM7562-RM7,983).  

Jelasnya, tindakan itu adalah wajar kerana kali terakhir harga sewa rumah itu adalah sembilan tahun lalu. 

Penyewa itu bagaimanapun enggan membayar lima peratus kenaikan tersebut. 

Kathia yang diberikan notis cuti tanpa gaji sejak musim panas lalu berasa bingung dengan peningkatan sewa itu. 

“Saya fikir kenaikan AS$100 (RM420) selama hampir sedekad adalah tidak munasabah. Ia berlaku tiba-tiba.

“Ramai yang mengalami keadaan sukar seperti kami semasa Covid-19 melanda. Sebab itu, banyak kes pengusiran tertunggak di mahkamah,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya