Trump mahu 'lagakan' China dan Rusia untuk hentikan perang di Ukraine - Utusan Malaysia

Trump mahu ‘lagakan’ China dan Rusia untuk hentikan perang di Ukraine

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempunyai idea pelik apabila mencadangkan supaya pasukan tentera negara ini menyamar sebagai tentera China untuk menghentikan perang Rusia di Ukraine.

Bercakap dalam satu majlis, Trump mencadangkan tentera AS menggunakan pesawat tempur yang ‘dilekatkan bendera China’ untuk melancarkan serangan bom terhadap tentera Rusia di Ukraine.

“Selepas itu, kita cakaplah, China yang lancarkan serangan dan kemudian, Rusia dan China akan saling terlagah.

“AS pula hanya akan duduk dan lihat situasi itu,” katanya sambil ketawa dan diikuti tepukan orang ramai.

Selepas itu, Trump memaklumkan cadangan tersebut hanyalah gurauan semata-mata.

Trump juga sebelum ini lantang mengkritik Presiden Rusia, Vladimir Putin yang disifatkannya ‘melampau dan tiada belas kasihan’.

Beliau turut mendesak supaya Rusia menghentikan serangan di Ukraine bagi mengelakkan lebih ramai penduduk menjadi mangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya