Tertekan buat persiapan kahwin, lelaki gantung diri tiga hari sebelum majlis

Tertekan buat persiapan kahwin, lelaki gantung diri tiga hari sebelum majlis

MAYAT mangsa ditemukan tergantung di pokok nangka di sebuah kebun di Bali, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Seorang lelaki ditemukan mati gantung diri di pokok nangka di sebuah kebun di Desa Pinggan, Bangli, Bali, tiga hari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

Menurut jurucakap polis Bangli, Sarta, lelaki itu didakwa membunuh diri kerana tertekan membuat persiapan perkahwinan.

“Mangsa didakwa mengalami tekanan dan terbeban ketika membuat persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

“Mangsa yang berusia 26 tahun dikatakan terlalu bimbang mengenai persiapan itu yang dianggap masih banyak perlu dilakukan,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Berdasarkan keterangan bakal isteri mangsa, mereka sempat mengadakan mesyuarat bersama ahli keluarga mengenai proses persiapan perkahwinan mereka pada malam sebelum lelaki itu ditemukan maut.

Jelas Sarta, selepas mesyuarat itu, mangsa pulang ke rumahnya dan tidak lama itu, bakal isterinya cuba menghubunginya, namun gagal.

“Kemudian, bakal isteri mangsa menghubungi keluarganya untuk bertanya tentang bakal suaminya kerana telefonnya tidak berjawab.

“Tidak lama kemudian, keluarga tersebut dimaklumkan mangsa ditemukan maut gantung diri di pokok berhampiran rumah mereka,” ujarnya.

Menurut keterangan saksi yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah, dia ternampak mayat mangsa tergantung pada pokok ketika melalui kawasan tersebut.

Dia kemudiannya segera memaklumkan perkara itu kepada penduduk kampung.

Sementara itu, polis memaklumkan tiada kesan pergelutan ditemukan pada badan mangsa dan keluarganya turut reda dengan kematian lelaki tersebut selain menolak bedah siasat dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya