Tak tahan diejek jiran, ibu buang bayi baru berusia 30 hari dalam perigi

Tak tahan diejek jiran, ibu buang bayi baru berusia 30 hari dalam perigi

LOKASI bayi berusia sebulan yang dibuang dalam sebuah perigi di Desa Sumberejo, Jawa Timur.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Akibat sering disindir kerana memberikan susu formula dan bukan susu badan, seorang wanita berasa malu sehingga sanggup membuang anaknya ke dalam perigi. 

Lapor Tribunnews, bayi yang berusia sebulan itu ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perigi di Desa Sumberejo, Ambulu, Jember. 

Ketua Bahagian Jenayah Polis Jember, Komang Yogi Arya Wiguna berkata, suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai FN merupakan ibu mangsa mengaku membuang anaknya sendiri. 

“Kejadian berlaku Rabu lalu sekitar pukul 10.30 pagi, ketika suspek tidur bersama bayi dan ibunya di ruang tengah rumahnya.

“Selepas itu, ibu mangsa keluar rumah untuk menyidai baju di ampaian. Ketika itulah, suspek bangun dan membawa bayinya ke bahagian dapur dan membuka penutup perigi.

“Perigi itu ditutup dengan alas kayu dan FN melempar anaknya sebelum menutup semula perigi berkenaan,” katanya. 

Sebelum ini, timbul desas-desus dalam kalangan penduduk kampung mengenai kehilangan bayi itu yang berkemungkinan diculik atau dibawa lari makhluk halus. 

Komang berkata, suspek juga kelihatan panik dan berusaha mencari anaknya yang hilang bersama jiran tetangga.

Jelasnya, bayi tersebut ditemukan di dalam perigi kira-kira pukul 1 tengah hari.

FN memberitahu dia berasa marah dengan diri sendiri sebab sering disindir oleh seorang jiran kerana memberikan bayinya susu formula.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya