Sistem kereta kabel terpanjang Perancis dibuka 2025

Sistem kereta kabel terpanjang Perancis dibuka 2025

kereta kabel
PROJEK Kabel 1 bernilai 111 juta pound (RM622.3 juta). -LLE-DE-FRANCE MOBILITIES   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sistem kereta kabel paling panjang di Perancis akan dibuka di Paris menjelang 2025.

Lapor Daily Mail, projek `Kabel 1′ yang bernilai 111 juta pound (RM622.3 juta) membabitkan jarak 4.5 kilometer (km) antara kawasan Villeneuve-Saint-Georges dan Creteil di pinggir tenggara Paris. 

Beberapa gambar dikeluarkan baru-baru ini memaparkan lokasi projek yang bakal dibangunkan.

Berdasarkan laporan Le Parisien, perancangan projek Kabel 1 mula dijalankan pada 2016.

Jelas laporan itu, pembinaan sistem kereta kabel baharu itu akan bermula pada akhir tahun ini.

Projek tersebut dijangka menjadi tarikan popular di bandar itu, dengan dianggarkan hampir 11,000 penumpang menaiki kenderaan itu setiap hari.

Malah, setiap kabin yang `selesa dan selamat’ itu juga mampu memuatkan sehingga 10 penumpang.

Secara keseluruhan, perjalanan dari perhentian pertama hingga terakhir hanya akan mengambil masa kira-kira 18 minit.

“Sistem kereta kabel itu mampu membawa hampir 1,600 penumpang sejam, dengan 30 saat antara setiap kabin pada waktu puncak,” jelas laporan itu.

Projek itu bertujuan menghubungkan warga Paris yang tinggal di pinggir bandar dengan laluan kereta api bawah tanah dan bas.

Sistem kereta kabel itu mempunyai lima perhentian dengan lokasi perhentian Pointe du Lac di Creteil berada pada jarak singkat dari laluan kereta api bawah tanah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya