BANGKOK: Semua penerbangan ketibaan dan pelepasan yang sudah dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Betong ditangguhkan, tidak sampai 24 jam selepas Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha tiba dengan penerbangan pertama.
Buat masa sekarang adalah mustahil untuk menempah tiket penerbangan ke dalam dan ke luar Betong serta tidak dapat dipastikan jadual penerbangan akan disambung semula, lapor Thaiger.
Susulan itu, Majlis Pelancongan Thailand, Nok Air akan mengadakan pertemuan dengan penjual tiket 21 Mac depan bagi membincangkan jadual penerbangan akan datang di lapangan terbang itu.
Nok Air hari ini mengeluarkan kenyataan permohonan maaf akibat pembatalan jadual penerbangan antara Betong dan Don Mueang pada 16 dan 18 Mac.
Difahamkan, syarikat penerbangan hanya menjual 11 tiket penerbangan bagi 16 Mac dan empat tiket 18 Mac.
Syarikat penerbangan tidak berupaya meneruskan penerbangan seperti dijadualkan akibat kos operasi yang tinggi.
Hanya 10 penumpang yang berada di dalam penerbangan ke lapangan terbang itu, 14 Mac lalu, termasuk Prayut yang menghadiri majlis perasmian.