Selepas Omicron, Deltacron pula menular di Eropah, AS

Selepas Omicron, Deltacron pula menular di Eropah, AS

KETIKA ini, varian Omicron masih menjadi dominan di Amerika Syarikat dan Eropah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa satu lagi varian baharu Covid-19, iaitu gabungan antara Delta dan Omicron yang dikenali sebagai ‘Deltacron’ kini mula menular di beberapa bahagian Eropah.

Lapor Arab News, penularan varian itu dikesan di sejumlah kawasan di Perancis, Belanda dan Denmark.

WHO juga percaya sebanyak dua kes dikesan di Amerika Syarikat dan bercadang untuk mengeluarkan satu laporan mengenai varian tersebut dalam masa terdekat.

Pengumuman mengenai Deltacron dibuat beberapa hari sebelum 11 Mac yang merupakan genap dua tahun Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik global.

Sehubungan itu, WHO tidak menolak kemungkinan varian baharu itu berisiko menjadi ‘masalah utama’ di Eropah dan AS, biarpun beberapa pakar berpendapat varian itu tidak perlu dibimbangkan.

Ketua Saintis di Helix, California, William Lee berkata, varian Deltacron yang dikesan belum mempunyai ‘maklumat terperinci’ yang membolehkan para saintis membuat kajian, namun masih perlu dipantau dari semasa ke semasa.

Malah, beliau berpandangan, Deltacron mungkin tidak akan menjadi seperti varian Covid-19 yang lain.

“Secara keseluruhannya, jumlah kes Deltacron masih rendah, walaupun di beberapa negara yang jangkitannya ditularkan secara individu ke individu.

“Diharap varian baharu ini tidak lagi menjejaskan sistem kesihatan global,” ujarnya.

Sementara itu, varian Omicron masih menjadi dominan di AS dan Eropah yang merekodkan banyak kes serta kematian akibat virus maut tersebut.

Setakat ini, Covid-19 sudah meragut lebih enam juta nyawa di seluruh dunia dengan 452 juta kes jangkitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya