`Saya sedar tindakan itu melampaui batas' - Will Smith - Utusan Malaysia

`Saya sedar tindakan itu melampaui batas’ – Will Smith

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pelakon Hollywood terkenal, Will Smith memohon maaf kepada Chris Rock kerana menampar pelawak popular itu pada majlis Anugerah Akademi Ke-94.

Lapor Daily Mail, Smith menyifatkan tingkah lakunya `tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan’.

Pelakon berusia 53 tahun itu turut menyatakan berasa malu dengan tindakannya yang mengejutkan para hadirin, penerbit dan penonton pada majlis tersebut.

Smith mengaku bertindak mengikut emosi apabila melibatkan gurauan mengenai rambut isterinya, Jada Pinkett Smith.

“Keganasan dalam semua bentuknya adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tingkah laku saya pada majlis anugerah itu tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

“Lawak adalah sebahagian daripada kerja namun gurauan mengenai keadaan kesihatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara emosi.   

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris. Saya sedar tindakan itu melampaui batas dan saya salah. Saya berasa malu dan tindakan saya tidak menunjukkan lelaki yang ingin saya jadi,” katanya.

Smith menulis demikian dalam catatan terbaharu yang dimuat naik di Instagram. 

Pemenang anugerah Oscars bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik juga memohon maaf kepada pihak penganjur majlis berkenaan. 

Semalam, Smith hilang sabar dan bertindak menampar muka Rock selepas pelawak itu mempersendakan imej Jada yang botak ketika siaran langsung Anugerah Akademi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya