Rusia rekrut 16,000 tentera upahan dari Asia Barat

Rusia rekrut 16,000 tentera upahan dari Asia Barat

REJIM tentera Syria di selatan bandar al-Bab di utara wilayah Aleppo, 2016.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seramai 16,000 tentera upahan dari Asia Barat dilaporkan sedia bertempur dengan barisan tentera yang disokong Rusia.

Lapor BBC, Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum itu menyeru mana-mana individu yang sedia bertempur di Ukraine.

Bercakap semasa mesyuarat jawatankuasa keselamatan Rusia, Putin berkata, individu tersebut akan dibenarkan menyertai peperangan itu.

“Jika anda lihat, ramai individu atas kehendak mereka sendiri dan bukan kerana wang, sanggup datang membantu penduduk yang tinggal di Donbas.

“Kita perlu memenuhi keinginan mereka dan membantu sampai ke zon konflik,” kata Putin.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu mencadangkan sistem peluru berpandu anti kereta kebal Barat yang ditawan, diserahkan kepada tentera yang disokong Rusia di wilayah Luhansk dan Donetsk.

Pegawai Amerika Syarikat (AS) mendedahkan tentera upahan tersebut termasuk warga Syria yang mahir dalam pertempuran bandar.

Moscow adalah sekutu lama Syria dan Putin menjadi penyokong utama Presiden Syria, Bashar al-Assad semasa perang saudara di negara itu.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memberi maklum balas menerusi sebuah video, mengenai ‘samseng dari Syria’ akan datang membunuh penduduk ‘di negara asing’.

Bagi menghadapi situasi itu, Zelensky berkata, tentera dari negara luar termasuk bekas tentera British juga sudah tiba di Ukraine bagi bertempur mempertahankan kerajaan Kyiv.

Jelasnya, seramai 16,000 tentera asing sanggup membantu Ukraine menerusi ‘skuad antarabangsa’ itu.

Dalam pada itu, penganalisis dari Institut Asia Barat di AS, Charles Lister mempersoalkan bagaimana tentera Syria dipergunakan oleh Putin.

“Jika rejim Bashar menghantar tentera ke Ukraine, mereka hanya akan menjadi mangsa tembakan meriam dalam pertempuran kerana persekitaran yang benar-benar asing bagi mereka.

“Setakat ini juga tiada bukti sebarang pengambilan sebenar rakyat Syria,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya