Rumah paling mahal di AS, dilelong

Rumah paling mahal di AS, dilelong

paling mahal
THE One mempunyai pelbagai kemudahan antaranya lima kolam renang, garaj besar dan gelanggang boling. - MARC ANGELES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sebuah rumah yang dikatakan paling mahal di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dilelong selepas gagal dijual pada harga AS$295 juta (RM1.23 bilion) di pasaran.

Lapor Daily Mail, digelar The One mempunyai pelbagai kemudahan antaranya lima kolam renang, garaj besar yang boleh menempatkan 30 buah kereta dan gelanggang boling.    

Rumah agam seluas 9,754 meter persegi di kawasan perumahan Bel Air itu, mampu meraih rekod jualan tertinggi dan paling mahal dalam sejarah AS. Iaitu sekiranya berjaya dijual melebihi AS$238 juta (RM997.9 juta) yang dibelanjakan hartawan, Ken Griffith untuk penthouse Manhattan pada 2019.

Pembidaan untuk hartanah mewah itu sudah bermula pada Isnin lalu menerusi firma Concierge Auctions, dan akan berlangsung sehingga Khamis.         

Ia disenaraikan pada harga AS$295 juta (RM1.23 bilion), berdasarkan harga permintaan sebelum ini.

Malah ia turut dilengkapi dengan 49 bilik air, sebuah panggung wayang, dewan untuk mengadakan majlis amal, kelab malam, trek larian dan rumah tetamu.

Dilaporkan, bilik air utamanya mempunyai almari pakaian yang luas dan kolam renang peribadi. 

Sementara itu, Branden Williams yang mewakili hartanah mewah tersebut, menggambarkan hartanah itu sebagai `bangunan moden terbaik’.     

“Rumah itu terletak di kawasan seluas 1.61 hektar di pergunungan di Bel-Air dan ia tidak boleh dibina lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya