Biden yakin Putin akan terima balasan akibat serang Ukraine - Utusan Malaysia

Biden yakin Putin akan terima balasan akibat serang Ukraine

JOE Biden memberi ucapan di Kongres AS di bangunan Capitol di Washington. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berikrar rakan sejawatnya, Vladimir Putin akan menerima balasannya dalam jangka masa panjang.

Menurut Biden, presiden Rusia itu akan berdepan situasi demikian meskipun menang di medan perang di Ukraine.

“Putin mungkin menang di medan perang namun kemenangannya perlu dibayar dengan harga yang tinggi’ bagi jangka masa panjang.

“Beliau mungkin tidak tahu apa akan berlaku,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Kongres AS di bangunan Capitol.

Biden membuat penegasan itu pada hari keenam pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Dalam ucapan tersebut, Biden turut melabelkan Putin sebagai diktator.

“Seorang diktator Rusia, menyerang negara asing di seluruh dunia.

“Namun, dalam pertempuran antara demokrasi dan autokrasi, prinsip demokrasi meningkat hingga kini. Malah, dunia juga memilih keamanan,” katanya.

Sementara itu, Biden memaklumkan dunia sudah meminggirkan Putin kerana beliau mengerahkan tentera ke Ukraine. 

Katanya, sekatan yang dahsyat akan `melemahkan’ kekuatan ekonomi Rusia dan ketenteraannya.

“Putin sekarang terasing dari dunia lebih daripada apa yang dialaminya,” kata Biden. – AGENSI/REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya