Percaya 'hari malapetaka' akan tiba, wanita obses kumpul makanan

Percaya ‘hari malapetaka’ akan tiba, wanita obses kumpul makanan

SEBAHAGIAN daripada bekalan makanan yang dikumpul Rowan MacKenzie di rumahnya di Missouri, Amerika Syarikat. - JAM PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISSOURI: Seorang wanita menjadi tular dalam media sosial selepas bersungguh-sungguh membuat ‘persiapan hari malapetaka’ apabila membina bilik bawah tanah dan mengumpul stok makanan yang cukup untuk keperluan keluarganya selama dua tahun.

Lapor Daily Mail, Rowan MacKenzie turut mengumpul senjata yang boleh digunakan sebagai perlindungan sekiranya keadaan memerlukan.

Wanita berusia 38 tahun itu memaklumkan, dia mula mengumpul stok makanan sejak 11 tahun lalu selepas mempercayai dia perlu membuat persediaan sekiranya berlaku insiden tidak diingini dan memastikan keluarganya mempunyai keperluan asas yang mencukupi.

MacKenzie mengumpul bekalan makanan kering tahan lama seperti kekacang dan beras.

Ketika bekalan makanannya semakin banyak, wanita itu berhasrat membina kubu bawah tanah yang menelan belanja sebanyak AS$10,000 (RM42,129).

Selain bekalan makanan, MacKenzie turut mengumpul senjata seperti pistol, pisau dan peluru.

“Perkara utama bagi setiap kubu bawah tanah adalah sistem pertahanan yang kukuh, termasuk bekalan senjata yang mencukupi.

“Senjata api juga boleh digunakan untuk memburu haiwan, bukan untuk perlindungan semata-mata.

“Kesemua bekalan makanan yang saya kumpul ketika ini cukup untuk ‘melindungi dan memenuhi keperluan’ keluarga saya antara dua hingga tiga tahun,” katanya.

MacKenzie juga membuat sistem penggiliran bagi memastikan bekalan makanan yang dikumpulnya tidak rosak, sekali gus membazir.

Secara keseluruhannya, wanita itu membelanjakan sebanyak AS$20,000 (RM84,250) untuk membeli stok makanan.

Wanita itu turut mengaitkan keperluan mengumpul stok makanan dan membuat persiapan awal dengan situasi perang di Ukraine ketika ini.

Katanya, keadaan itu boleh berlaku di mana-mana negara pada bila-bila masa.

“Jika keadaan itu (perang) berlaku, sekurang-kurangnya kita sudah ada persediaan dan boleh bertahan untuk suatu masa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya