Perang Ukraine-Rusia: Malaysia digesa undi resolusi PBB

Perang Ukraine-Rusia: Malaysia digesa undi resolusi PBB

DUTA Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas (tengah) bersama Peter Blomeyer (kiri) dan Roland Galharague (kanan). - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia digesa untuk mengundi dalam resolusi yang mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada sidang khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang berlangsung pada minggu ini.

Gesaan itu disuarakan oleh Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dalam satu sidang akhbar berhubung krisis Rusia-Ukraine. 

Duta Perancis ke Malaysia, Roland Galharague berkata, Malaysia sebelum ini pernah mengundi menyokong resolusi UNGA berkaitan pencerobohan Rusia ke atas Crimea pada tahun 2014.

Justeru, katanya, Malaysia sekali lagi perlu memainkan peranan konstruktif dengan mengundi resolusi itu bagi mengecam tindakan Rusia di Ukraine.

“Kita sedang menyaksikan pelanggaran piagam PBB yang luar biasa. Kedaulatan, kemerdekaan dan integriti Ukraine sudah dicabuli Rusia.

“Prinsip-prinsip demikian juga diperakui dalam ASEAN dan di Malaysia. 

“Jadi, jika Malaysia mengundi menyokong resolusi mengecam Rusia menceroboh Crimea, maka negara ini juga perlu menyatakan sokongan mereka kali ini,” katanya.

Duta Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas dan Duta Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer turut hadir dalam sidang akhbar itu.

Menurut Galharague, Malaysia seperti Ukraine yang tidak memihak kepada kedaulatan wilayah berbeza dan mempunyai hak membuat pilihan sendiri.

Sementara itu, Rokas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rusia terhadap Ukraine.

“Serangan itu jelas tidak berperikemanusiaan dan mencabul hak asasi manusia, selain menjadi antara peperangan terbesar selepas Perang Dunia Kedua.

“Penderitaan yang dialami orang awam akibat peperangan secara tidak langsung mewujudkan ancaman keselamatan global yang baharu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya