Perang belum reda, penduduk Ukraine merempat di negara sendiri

Perang belum reda, penduduk Ukraine merempat di negara sendiri

PELARIAN Ukraine beratur untuk menaiki bas ke destinasi lain di Poland, di luar stesen kereta api di Przemysl di tenggara Poland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kepungan diperketatkan di sekitar Kyiv, Mariupol, Chernihiv dan Kharkiv ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mengakhiri minggu ketiga.   

Malah, tentera Rusia juga melancarkan peluru berpandu ke arah tengah pusat bandar menyasarkan hospital, sekolah, dan bangunan kediaman bertingkat penduduk.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih tiga juta rakyat Ukraine kini menjadi pelarian dan dua juta lagi hilang tempat tinggal di negara sendiri.

Pegawai Ukraine memaklumkan ribuan orang awam terkorban dalam serangan sepanjang tempoh itu.

“Sebuah hospital kanak-kanak, sebuah hospital bersalin terjejas. Bagaimana bangunan itu boleh mengancam Persekutuan Rusia? Soal Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Zelenskyy berkata demikian dalam satu ucapan video selepas Rusia melancarkan serangan bom menyasarkan hospital di Mariupol dan Zhytomyr.

Serangan bom juga berlaku di tengah Kyiv sepanjang minggu ketika tentera Rusia gagal mara sehingga melancarkan peluru berpandu dari jarak 15 kilometer (km).

“Tentera Rusia mengubah hidup kita menjadi neraka. Siang dan malam orang awam terpaksa duduk di bawah tanah tanpa makanan, air atau elektrik,” kata ketua wilayah Kyiv, Oleksiy Kuleba di televisyen di Ukraine.

Rusia meningkatkan perang psikologi ke atas Ukraine terutamanya di pelabuhan Mariupol.

Serangan udara melanda sebuah laluan koridor kemanusiaan ke bandar itu pada 10 Mac lalu, malah tentera Rusia turut menyerang konvoi bantuan kemanusiaan menuju ke kawasan itu serta menyekat lagi dua hari kemudian.

Dalam kejadian berasingan, serangan udara Rusia menyasarkan sebuah kereta api yang memindahkan orang awam dari timur pada 12 Mac lalu sehingga mengorbankan seorang mangsa.

Warga Ukraine yang melarikan diri ke Poland, Romania dan negara Kesatuan Eropah (EU) lain sering mengalami trauma selepas melihat kemusnahan, kematian orang tersayang dan perpisahan keluarga.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), John Kirby pada 9 Mac lalu berkata, Washington sedang mempertimbangkan untuk membekalkan sistem pertahanan anti-pesawat kepada Ukraine berbanding meluluskan pemindahan jet pejuang MiG-29 Poland.

Poland mahu memindahkan MiG-29 ke Ukraine namun Perdana Menterinya, Mateusz Morawiecki menegaskan ia harus dipersetujui oleh semua anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

 

SEKATAN MENINGKAT 

Sekatan antarabangsa diperketatkan lagi pada minggu ketiga konflik Rusia-Ukraine, dengan EU dan AS mengumumkan pusingan baharu larangan penyelarasan import Moscow.

Dewan Perwakilan AS meluluskan larangan import minyak Rusia ke AS dengan menerima undian majoriti 414-17 pada 10 Mac lalu.

Pada keesokan hari, AS mengetuai pusingan baharu sekatan yang menerima sokongan dari pemimpin negara G7.

Sekatan itu termasuk melucutkan hak istimewa perdagangan Rusia dibawah keahlian Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), memotong pembiayaan daripada pelbagai institusi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia serta mengharamkan import barangan mewah seperti berlian.

Pada 14 Mac lalu, pemimpin negara anggota EU bersetuju mengenakan sekatan terhadap Rusia termasuk membatalkan status perdagangan negara paling digemari dan larangan ke atas besi, keluli dan barangan mewah. 

“Terdapat tanda-tanda bahawa Rusia mengalami tekanan dibawah gabungan sekatan tentera dan kewangan,” jelas laporan itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya