Pentagon tuduh Rusia rekrut pemberontak Syria bantu perang

Pentagon tuduh Rusia rekrut pemberontak Syria bantu perang

PEJALAN kaki melalui kawasan yang musnah dibedil dalam pertempuran tentera Rusia dan Ukraine di Kharkiv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon menuduh Rusia merekrut rakyat Syria dan sejumlah anggota pemberontak dari negara lain untuk mempertingkatkan serangan di Ukraine.

Rusia sebelum ini membantu Syria di bawah pentadbiran Presiden Bashar al-Assad untuk memerangi kebangkitan kumpulan pemberontak, menyaksikan negara itu berperang selama lebih sedekad.

Jabatan Pertahanan AS mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin ‘menjalankan misi merekrut’ untuk membawa masuk sejumlah anggota kumpulan pemberontak ke Ukraine.

Wall Street Journal yang memetik sumber kerajaan melaporkan, Rusia berharap ‘kehadiran kumpulan pemberontak’ itu dapat membantu Moscow menawan Kyiv.

Beberapa sumber mendedahkan sejumlah anggota kumpulan pemberontak Syria sudah pun berada di Ukraine ketika ini.

Namun, pihak berkuasa AS tidak dapat memastikan jumlahnya.

Pentagon pula menegaskan, tiada sebab untuk meragui laporan dan sumber berkenaan.

“Kami percaya Rusia cuba mendapatkan bantuan daripada kumpulan pemberontak Syria untuk meningkatkan serangan di Ukraine.

“Kami tidak menolak kemungkinan laporan itu kerana apa-apa sahaja boleh berlaku,” kata jurucakap Pentagon, John Kirby.

Dalam pada itu, Pentagon menyatakan lebih 150,000 tentera dikerahkan ke Ukraine dan mempersoalkan adakah Rusia masih perlu mendapatkan bantuan daripada kumpulan pemberontak.

“Adalah menarik untuk mengetahui jika Putin bergantung kepada bantuan luar untuk melancarkan serangan di Ukraine,” ujar Kirby.

Sementara itu, Ukraine juga mendapatkan bantuan dari luar apabila kira-kira 20,000 sukarelawan asing tiba di negara itu untuk membantu tentera Ukraine. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya