Pemenang Filem Terbaik Oscars 2022, hanya raih tiga anugerah

Pemenang Filem Terbaik Oscars 2022, hanya raih tiga anugerah

BARISAN pengarah dan pelakon Filem Terbaik Academy Awards 2022, CODA bergambar selepas memenangi anugerah utama di Dolby Theatre, Hollywood.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Filem CODA atau child of deaf adults arahan sutradara, Sian Heder diangkat sebagai Filem Terbaik Academy Awards 2022 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood. 

Naskhah itu berjaya membawa pulang dua trofi lain iaitu Adaptasi Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik semasa anugerah berprestij yang berlangsung buat kali ke-94.  

Bagaimanapun, acara penganugerahan perfileman paling berprestij di dunia itu didominasi filem sains fiksyen, Dune dengan enam kemenangan.

Dune arahan Denis Villeneuve menyerlah dengan membolot kebanyakan kategori teknikal termasuk Kesan Visual, Sinematografi, Suntingan, Skor, Bunyi dan Rekaan Produksi Terbaik.

Bagi kategori Pengarah Terbaik dimenangi oleh Jane Campion menerusi filem terbitan Netflix, The Power of the Dog. 

Kategori lakonan utama digondol oleh Will Smith sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan dalam filem King Richard, manakala, Jessica Castain membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi The Eyes of Tammy Faye

Bagaimanapun, acara berprestij itu menenggelamkan penerima anugerah utama Oscars apabila Smith menampar muka pelawak Chris Rock semasa siaran langsung.

Smith dilaporkan bertindak demikian selepas hilang sabar apabila Rock menjadikan isterinya sebagai bahan jenaka, susulan Jada Pinkeet sudah berimej botak kerana mengalami masalah alopecia.  

Selepas memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Smith mengambil kesempatan membuat permohonan maaf kepada pihak penganjur, Academy Awards. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya