Pelarian Ukraine dibenarkan masuk ke AS menerusi Mexico - Utusan Malaysia

Pelarian Ukraine dibenarkan masuk ke AS menerusi Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sejumlah pelarian Ukraine dibenarkan memasuki Amerika Syarikat (AS) melalui selatan sempadan dengan ini dengan Mexico.

Sekurang-kurangnya 310 penduduk Ukraine tiba di pekan Tijuana yang bersempadan dengan AS pada bulan ini.

Keputusan AS untuk membenarkan kemasukan pelarian Ukraine ke negara ini mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Hal ini kerana, sempadan AS-mexico ditutup kepada semua pencari suaka ketika pandemik Covid-19, menyaksikan pegawai sempadan negara ini boleh menolak mana-mana kemasukan pencari suaka.

Beberapa kumpulan hak asasi mempersoalkan mengapa golongan pencari suaka tidak diberikan peluang yang sama seperti penduduk Ukraine.

Pencari suaka yang ingi masuk ke AS juga berdepan dengan konflik dan kemiskinan di negara masing-masing.

Lapor Reuters, pelarian Ukraine yang masuk ke negara ini menerusi Mexico diberikan kebenaran untuk tinggal di AS sehingga 2023.

Langkah itu disifatkan sebagai ‘parol kemanusiaan’ kepada penduduk Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya