NATO rancang kukuhkan sayap Eropah Timur

NATO rancang kukuhkan sayap Eropah Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Eropah merancang strategi kedudukan pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Eropah Timur bagi menangani ancaman berterusan ketika perang di Rusia dan Ukraine semakin sengit. 

Wakil Tetap AS ke NATO, Julianne Smith semasa di Brussels berkata, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin menghadiri mesyuarat kementerian di ibu negara Belgium, pada Rabu.

Jelasnya, negara anggota akan mempertimbangkan tindak balas organisasi itu terhadap serangan di sempadan timur dan kaedah menentang pencerobohan Rusia di Ukraine. 

“Mereka akan membincangkan langkah lain secara kolektif yang boleh diambil bagi mengukuhkan sayap timur NATO dan kita perlu memutuskan rancangan jangka sederhana atau lebih panjang,” kata Smith. 

Menurut Smith, negara anggota NATO sudah menggerakkan tentera di Eropah Timur sebelum Rusia melancarkan serangan bulan lalu. 

AS juga katanya sudah mengerahkan ribuan tentera di rantau itu bagi menyakinkan sekutu mengenai komitmen mempertahankan negara sekiranya berlaku serangan ketenteraan. 

Sekurang-kurangya 10 negara anggota NATO sudah membekalkan bantuan ketenteraan seperti kapal dan jet pejuang termasuk AS, Britain dan Perancis. 

Dalam pada itu, Presiden AS, Joe Biden akan membuat lawatan pertama ke Eropah sejak pencerobohan Rusia bagi membincangkan krisis tersebut bersama negara sekutu NATO, minggu depan. 

White House memaklumkan Biden akan menghadiri mesyuarat bersama pemimpin NATO di ibu pejabat ketenteraan di Brussels, 24 Mac depan. 

Biden dijangka mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah AS$800 juta (RM3.35 bilion)  bagi bantuan ketenteraan di Ukraine. 

Setakat ini, Moscow belum berjaya menawan mana-mana 10 bandar terbesar di Ukraine, susulan pencerobohan sejak 24 Februari lalu. 

Pencerobohan terbesar di Eropah sejak 1945 menyebabkan hampir tiga juta penduduk Ukraine menjadi pelarian. 

Pegawai Ukraine berharap serangan akan berakhir lebih awal daripada jangkaan yang ditetapkan Mei depan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya