NATO dikuasai Rusia?

NATO dikuasai Rusia?

ANGGOTA tentera berjalan di dalam bangunan ibu pejabat Kharkiv yang musnah diserang tentera Rusia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyelar negara Barat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kerana cuak dengan Moscow. 

Disebabkan itu, perikatan antarabangsa itu tidak membekalkan aset ketenteraan yang canggih kepada Ukraine. 

Justeru, Zelensky menimbulkan persoalan adakah NATO sebenarnya dikuasai Rusia? 

Setakat ini, pemimpin NATO hanya membekalkan peluru berpandu anti-kereta kebal dan anti-pesawat Ukraine serta senjata kecil dan peralatan perlindungan lain. 

Bagaimanapun, NATO langsung tidak menawarkan sebarang perisai atau pesawat berat.

Sabtu lalu, Zelensky berkata, beliau memerlukan lebih banyak bekalan peluru dan sudah menunggu selama 31 hari. 

“Apa yang NATO lakukan? Siapa yang bertanggungjawab ke atas komuniti Euro-Atlantik? 

“Adakah Moscow sebenarnya menguasai NATO kerana intimidasi? Rayuan kami sebanyak satu peratus bekalan ketenteraan dari NATO tidak dihiraukan langsung,” luahnya. 

Dalam pada itu, Zelensky menzahirkan kemarahan terhadap Moscow kerana negara itu sebenarnya menyemai kebencian yang mendalam terhadap rakyatnya sendiri.

“Anda melakukan segala-galanya supaya orang kami sendiri meninggalkan bahasa Rusia. 

“Ini kerana, bahasa Rusia sekarang hanya dikaitkan dengan letupan, pembunuhan dan jenayah,” katanya. 

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang memasuki hari ke-32, ditangguhkan di banyak kawasan kerana tentera Moscow difahamkan menghadapi tentangan sengit dari tentera Ukraine. 

Di Kyiv, situasi semakin bertambah buruk apabila rakyat mula kelaparan dan terpaksa minum air kumbahan. 

Ibu negara itu masih berdepan serangan peluru berpandu Rusia sehingga menyebabkan bekalan asas semakin berkurangan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya