Naib Presiden AS dikecam gelakkan pelarian Ukraine

Naib Presiden AS dikecam gelakkan pelarian Ukraine

KAMALA Harris dalam sidang akhbar bersama Presiden Andrzej Duda di Istana Belwelder di Warsaw, Poland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris dikecam bersikap tidak sensitif selepas beliau tidak dapat menahan tawa apabila ditanya sama ada AS akan menerima pelarian dari Ukraine dalam satu sidang akhbar.

Lapor Metro, orang ramai mengecam perbuatan pemimpin itu termasuk bekas Setiausaha Akhbar kepada Presiden Ukraine, Iuliia Mendel yang menyifatkan ‘ia akan menjadi tragedi sekiranya Harris memikul jawatan presiden AS’.

Situasi itu berlaku di dalam sidang akhbar ketika Harris melakukan lawatan kerja ke Warsaw untuk bertemu dengan Presiden Poland, Andrzej Duda bagi menunjukkan sokongan AS terhadap sekutu timur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Rakaman video sidang akhbar itu menunjukkan seorang wartawan sedang bertanya soalan kepada Harris sama ada AS sanggup menyediakan peruntukan khusus bagi pelarian Ukraine.

Wartawan itu turut mengemukakan soalan kepada Duda sama ada beliau pernah meminta AS secara khusus untuk menerima lebih ramai pelarian dari Ukraine.

Selepas wartawan itu selesai bertanya soalannya, kedua-dua pemimpin itu saling memandang antara satu sama lain seolah-olah mengharapkan masing-masing memberi maklum balas terlebih dahulu kerana mereka diercayai berasa gugup.

Harris dan Duda kemudiannya secara tidak sengaja tertawa dalam situasi itu dan mula menjawab soalan berkenaan.

Walaupun ketawa dilihat sebagai tanda gugup atau tindak balas dalam situasi yang janggal, rata-rata pengguna media sosial mengecam perbuatan pemimpin AS itu.

Para pengkritik menyelar Harris di Twitter dengan menyatakan isu pelarian Ukraine bukan sesuatu gurauan dan tidak boleh ditertawakan.

“Pengguna media lain pula menyangkal bahawa pemimpin tersebut sudah pastinya tidak menyindir pelarian berkenaan,” jelas laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya