Muka pelajar hancur digigit anjing 800 kali

Muka pelajar hancur digigit anjing 800 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Seorang pelajar yang mengalami kecederaan parah selepas diserang dan digigit 800 kali oleh dua ekor anjing akhirnya bersedia menunjukkan wajahnya kepada orang ramai. 

Lapor Metro, Jacqueline Durand, 22, digigit oleh binatang itu di bahagian telinga, hidung dan muka sehingga hanya menampakkan bahagian tulang sehari sebelum ulang tahun kelahirannya.

WAJAH Jacqueline Durand sebelum diserang anjing. – AGENSI

Mangsa yang tinggal di Texas kehilangan 30 peratus darah dalam badannya dan dimasukkan ke hospital selama 60 hari.

“Sudah tiba masanya untuk menunjukkan siapa diri saya sekarang kerana saya tidak perlu takut.

“Saya mahu pemilik anjing mengenali haiwan mereka dan dapat berkomunikasi dengan penjaga tentang keadaan mereka,” katanya semasa ditemu ramah CBS News

Jacqueline yang merupakan pelajar di Universiti Texas mendedahkan pemilik anjing tersebut, Dr. Justin Bishop dan isterinya, Ashley tidak lagi berhubung dengan dirinya selepas serangan itu. 

Katanya, dia menerima upah bagi menjaga anjing milik pasangan itu. 

“Saya berjumpa pasangan suami isteri itu semasa sesi suai kenal sebelum ini dan bersetuju dengan tawaran menjaga anjing mereka, malah haiwan itu juga dilihat terkawal.

“Walaupun saya diberitahu haiwan peliharaan itu akan berada di dalam sangkar, namun, saya baru mengetahui anjing itu sebenarnya bebas berkeliaran di dalam rumah,” ujar Durand. 

Durand diserang sebaik sahaja memasuki rumah tersebut dan memfailkan saman AS$1 juta (RM4.2 juta) terhadap kecuaian pasangan itu. 

Sehingga kini, pasangan yang mempunyai tiga anak itu belum disabitkan dengan sebarang tuduhan jenayah. 

“Saya ingin dengar penjelasan mereka. Hancur hati saya apabila mereka langsung tidak tampil ke hadapan.

“Saya hanya fikirkan mati ketika diserang dua anjing tersebut sehinggakan saya sudah tidak berasa sakit apabila kulit muka terkoyak,” luahnya.

Durand menjelaskan, pasangan itu memaklumkan anjing tersebut tidak pernah bertindak ganas sebelum ini, walaupun mereka meletakkan tanda amaran di depan pintu.

Semasa kejadian itu,  Durand tidak mampu menghubungi talian kecemasan 911, namun, pihak keselamatan berjaya mengesan insiden kecemasan selepas pintu depan terbuka sehingga bunyi penggera diaktifkan. 

Paramedik juga tidak dapat memasuki rumah itu selama 37 minit disebabkan anjing-anjing berkenaan bertindak agresif.

Dalam pada itu, Durand memberitahu dia akan menjalani pembedahan rekonstruktif pada bahagian hidung minggu depan serta menjalani rawatan mata.

Dia berharap pembedahan itu berjaya memulihkan penampilannya tanpa perlu menjalani sebarang pembedahan plastik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya