Moscow dakwa AS terlibat aktiviti biologi di Ukraine, UNSC adakan persidangan - Utusan Malaysia

Moscow dakwa AS terlibat aktiviti biologi di Ukraine, UNSC adakan persidangan

NEGARA anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi resolusi mengecam serangan Rusia terhadap Ukraine di New York, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadualkan bersidang hari ini atas permintaan Rusia bagi membincangkan dakwaan Moscow bahawa Amerika Syarikat (AS) menjalankan aktiviti biologi ketenteraan di Ukraine.

Perwakilan Rusia meminta UNSC mengadakan mesyuarat pada 11 Mac bagi membincangkan kegiatan biologi ketenteraan AS di Ukraine, tulis Timbalan Perwakilan Tetap Pertama Rusia ke PBB, Dmitry Polyanskiy.

Kelmarin, AS menafikan dakwaan Moscow yang memaklumkan negara ini terlibat dalam operasi makmal perang biologi di Ukraine, malah menyifatkan tuduhan itu sebagai ‘melucukan’.

Terdahulu, Rusia mengulangi dakwaannya sejak beberapa tahun lalu bahawa AS giat melakukan aktiviti biologi ketenteraan menerusi makmal di Ukraine, termasuk menghasilkan senjata biologi.

Menerusi satu kenyataan kelmarin, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned price menyifatkan Rusia sengaja mereka-reka alasan bagi mengalihkan perhatian dunia daripada peperangan yang tercetus di Ukraine.

Ukraine dilaporkan mempunyai makmal kesihatan awam yang melakukan pelbagai penyelidikan untuk menangani ancaman penyakit berbahaya terhadap manusia dan haiwan.

Makmal itu menerima sokongan dari AS, Kesatuan Eropah(EU) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya