Media Barat mula gentar dengan Rusia

Media Barat mula gentar dengan Rusia

VLADIMIR PUTIN bercakap kepada wartawan mengenai rancangan pembinaan stesen angkasa lepas 2023 di Moscow. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Organisasi media global memaklumkan pihaknya terpaksa menangguhkan laporan berita mengenai Rusia bagi melindungi wartawan mereka selepas negara itu melaksanakan undang-undang baharu berkaitan media.

Lapor Reuters, undang-undang itu memberi ancaman penjara sehingga 15 tahun sekiranya pengamal media menyebarkan ‘berita palsu’.

BBC milik Britain turut mengambil langkah menghentikan laporan di Rusia, termasuk wartawan di Syarikat Penyiaran Kanada serta Bloomberg yang nekad berhenti kerja.

CNN dan CBS News juga menghentikan semua laporan penyiaran mengenai Rusia dan portal lain membuang semua nama wartawan di Rusia dalam laporan berita kerana bimbang mereka dipantau rapi.

Pegawai Rusia berkata, maklumat berita yang salah sengaja disebarkan oleh musuh Moscow seperti Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Eropah Barat sebagai cubaan menyemai perselisihan dalam kalangan rakyat Rusia serta dunia.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Rusia meluluskan pindaan kepada kanun jenayah bagi menjadikan penyebaran maklumat palsu sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara.

Denda juga boleh dikenakan kepada mana-mana pihak di Rusia yang yang meminta negara itu dikenakan sekatan berikutan pencerobohan di Ukraine.

Ketua Pengarang Bloomberg, John Micklethwait berkata, undang-undang baharu itu akan menghalang laporan bebas dan membahayakan wartawan.

Katanya, setiap organisasi berita perlu mengimbangi kewajipan ketika melaporkan berita kepada khalayak dengan melindungi wartawan daripada sebarang tindakan.

“Perubahan kanun jenayah itu cuba mengubah mana-mana wartawan bebas menjadi penjenayah sekali gus adalah mustahil meneruskan sebarang praktis kewartawanan di Rusia.

“Kami tidak akan melakukan tindakan tersebut kepada wartawan,” jelasnya.

Ketua Pengarah BBC, Tim Davie turut mempunyai pandangan sama dan menyatakan situasi itu menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan, selain menggantung tugas semua wartawan BBC News dan staf sokongan di Rusia.

Bagaimanapun, BBC News Service di Rusia akan tetap meneruskan operasi dari luar negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya