Lima maut bangunan runtuh di Ivory Coast - Utusan Malaysia

Lima maut bangunan runtuh di Ivory Coast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABIDJAN: Sekurang-kurangnya lima orang maut dan 13 lagi cedera selepas sebuah bangunan runtuh di hab ekonomi, Abidjan di Ivory Coast.

Menurut pasukan kecemasan, ia merupakan kejadian kedua seumpama dalam tempoh seminggu.

Pasukan bomba berkata, seorang lagi mangsa ditemukan, menjadikan angka korban meningkat kepada lima orang.

“Operasi menyelamat diteruskan untuk mencari mangsa yang lain,” katanya menerusi laman Facebook.

Bangunan empat tingkat itu runtuh pada Ahad lalu di daerah Angre di bandar ini yang mengalami pembangunan hartanah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dilaporkan, Perdana Menteri, Patrick Achi melawat lokasi kejadian.

“Siasatan sedang dijalankan dan kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya.

Pada 27 Februari lalu, sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Abidjan mengakibatkan tujuh orang maut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya