Lelaki dijel guna pinjaman Covid-19 beli kad Pokemon

Lelaki dijel guna pinjaman Covid-19 beli kad Pokemon

VINATH Oudomsine menggunakan AS$57,789 daripada pinjaman Covid-19 untuk beli kad Pokemon. - ROMUALD MEIGNEUX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Seorang lelaki dari Georgia di Amerika Syarikat (AS) dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun selepas mendapatkan pinjaman bantuan koronavirus secara haram.

Malahan, lapor The Guardian, Vinath Oudomsine menggunakan sebanyak AS$57,000 (RM238,277) daripada bantuan pinjaman itu untuk membeli koleksi kad Pokemon.

Pemangku peguam AS, David Estes dari daerah selatan Georgia menerusi kenyataan memaklumkan Oudomsine bersetuju untuk membayar denda untuk kad dagangan mahal yang menampilkan watak Pokemon Charizad sebagai sebahagian perjanjian rayuan.

Oudomsine, 31, mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan penipuan kewangan melibatkan penggunaan telekomunikasi pada Oktober tahun lalu.

Menurut pendakwa raya dalam pemfailan undang-undang, Oudomsine menyerahkan maklumat palsu kepada Pentadbiran Perniagaan Kecil AS pada tahun lalu apabila memohon pinjaman bantuan Covid-19 untuk perniagaan ‘perkhidmatan hiburan’ yang didakwa dimilikinya.

Jelasnya, lelaki itu berbohong mengenai jumlah pekerjanya serta pendapatan tahunan perniagaannya.

Pendakwa raya berkata, Oudomsine menerima pinjaman sebanyak AS$85,000 (RM355,326) dan menggunakan AS$57,789 (RM241,575) daripada wang itu untuk membeli kad dagangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya