WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan sebarang larangan mengimport minyak dan gas dari Rusia berikutan peperangan di Ukraine perlu dilihat dari sudut yang berbeza oleh sekutu Barat, terutamanya negara Eropah.
Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, bekalan sumber bahan api dan tahap kebergantungan yang berbeza antara negara Eropah menjadi aspek utama dalam perolehan sumber tenaga Rusia.
“Keupayaan dan kapasiti sangat berbeza kerana kami mengimport peratusan minyak yang lebih kecil dari Rusia berbanding Eropah, selain kami juga mempunyai kapasiti lebih besar untuk keluarkan minyak sendiri.
Namun, Presiden AS, Joe Biden setakat ini tidak membuat sebarang keputusan berhubung pelaksanaan sekatan import minyak dan gas dari Rusia.
Namun, dalam masa yang sama, ahli politik dari parti Demokrat dan Republikan giat menyiapkan draf rang unang-undang bagi mengharamkan import minyak Rusia ke AS.
Antara negara Eropah yang dijangka terjejas teruk akibat sekatan mengimport bekalan minyak Rusia adalah Jerman.
Jerman banyak bergantung kepada bekalan minyak dari Rusia.
Malahan, Kementerian Luar Jerman sebelum ini menyatakan pemboikotan minyak Rusia merupakan langkah sia-sia apabila ‘kembali menggunakannya’.