Lagi popular, lagi berisiko alami gangguan mental - Utusan Malaysia

Lagi popular, lagi berisiko alami gangguan mental

DANIEL Day-Lewis mengaku mengalami masalah kesihatan mental. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendedahkan selebriti yang memenangi anugerah Oscars hampir tujuh kali ganda berkemungkinan mengalami masalah kesihatan mental dan isu ketagihan berbanding orang lain.              

Lapor Daily Mail, analisis itu dijalankan oleh sebuah klinik yang merawat puluhan selebriti, Paracelsus Recovery.

Menurut klinik itu, hampir dua pertiga pelakon yang memenangi Anugerah Akademi sejak 30 tahun lalu mengalami gangguan tersebut. 

“Daripada jumlah 60 selebriti yang memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik atau Pelakon Wanita Terbaik sejak 1992, sebanyak 41 mengalami masalah kesihatan mental.

“Kemurungan dan penyalahgunaan bahan terlarang antara masalah yang biasa dihadapi oleh mereka,” jelas Paracelsus Recovery.

Seorang ahli psikoterapi yang juga pakar terkemuka dalam kesihatan mental selebriti, Dr. Paul Hokemeyer berpandangan kemasyhuran sering dikaitkan dengan masalah `kesunyian, ketakutan dan kesakitan’.       

Malah, katanya, kejayaan besar boleh menyebabkan individu turut mengalami sindrom penyamar.

“Tahap kejayaan yang dicapai oleh selebriti pemenang Oscars adalah di luar pemahaman untuk kira-kira 99.9 peratus daripada populasi,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Daniel Day-Lewis yang memenangi tiga anugerah Oscars tampil mengaku mengalami masalah kesihatan mental.

Day-Lewis pernah memaklumkan kemurungan dialaminya merupakan salah satu sebab untuk berhenti berlakon pada usia 60 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya