Kes langgar lari dirakam ketika wartawan buat liputan secara langsung

Kes langgar lari dirakam ketika wartawan buat liputan secara langsung

GENE Kang menyampaikan berita secara langsung dari persimpangan Hoover ketika satu lagi kejadian langgar lari berlaku. - KTLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Siaran langsung sebuah stesen televisyen mengenai kes langgar lari melibatkan kematian terganggu apabila satu lagi kejadian serupa berlaku di lokasi sama.

Lapor Daily Mail, wartawan KTLA, Gene Kang menyampaikan berita secara langsung dari persimpangan Hoover dan 84th streets di selatan Los Angeles. 

Beliau melaporkan kemalangan membabitkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang maut dalam nahas langgar lari pada 26 Februari lalu.

Kang menerusi liputan berita melaporkan mengenai ganjaran ditawarkan dan peningkatan kes kemalangan di persimpangan berkenaan.

Terdahulu, polis menawarkan ganjaran sebanyak AS$50,000 (RM209,728) kepada mana-mana individu yang tampil memberi maklumat mengenai nahas yang mengorbankan Jemmy Chavaria.

Dalam rakaman video tersebut, Kang dilihat menyampaikan berita mengenai Hoover Streets yang merupakan satu daripada kawasan sering berlaku kemalangan di Los Angeles.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta berwarna hitam dari arah kiri bertembung dengan kenderaan lain yang menghampiri persimpangan di Hoover Streets.

Kereta hitam itu kemudian membelok ke parkir dan memecut laju tanpa memberhentikan kenderaannya.

Bahagian depan kereta itu mengalami kerosakan dengan beberapa bahagian lain terjatuh di atas jalan. 

Sementara itu, Kang dalam satu ciapan menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman mengerikan.

Katanya, kru berita di lokasi kejadian segera menghubungi talian kecemasan 911 untuk melaporkan mengenai kemalangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya