Kanak-kanak lelaki ketagih makan selipar

Kanak-kanak lelaki ketagih makan selipar

TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki mengunyah kertas di Bekasi, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKASI: Video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengunyah selipar getah dan potongan kertas menjadi tular dalam media sosial di Indonesia.

Lapor CNN Indonesia, video itu dirakam di sebuah rumah di Jaya Sakti, Bekasi, Jawa Barat.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial sehingga media tempatan mengunjungi kanak-kanak itu di rumahnya.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Pipit mengesahkan anaknya mempunyai tabiat suka makan selipar sejak berusia setahun.

“Memang benar anak saya suka makan selipar, dia makan seperti makan nasi.

“Dalam masa sebulan, Pipit boleh makan lima pasang selipar, malah kami juga akan membeli selipar lebihan buatnya,” kata wanita itu.

Ibu Pipit juga memaklumkan, anaknya hanya makan selipar yang bersih atau belum dipakai.

Kanak-kanak itu juga makan beberapa benda lain seperti kertas dan kadbod.

“Jika kami tidak turuti permintaann iaitu untuk makan selipar, Pipit akan mengamuk dan menangis,” ujarnya.

Sementara itu, ibu Pipit turut memaklumkan anaknya tidak mempunyai masalah penghadaman biarpun makan bahan yang tidak boleh dicerna.

“Setakat ini, Pipit tidak mengalami masalah kesihatan. Pada mulanya kami bimbang juga dengan tabiatnya, namun Pipit tidak berdepan masalah kesihatan.

“Malah, semua selipar yang dimakannya dikeluarkan semula menerusi najisnya,” jelas ibunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya