Indonesia perkenal logo halal baharu

Indonesia perkenal logo halal baharu

LOGO halal baharu Indonesia yang dikeluarkan oleh Kementerian Agama. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Penyelenggaraan Jaminan Produk Halal (BPJPH) di bawah Kementerian Agama Indonesia menetapkan logo halal baharu yang akan digunakan di seluruh negara.

Lapor CNN Indonesia, penatapan logo baharu itu termaktub dalam Surat Keputusan BPJPH Nombor 40 Tahun 2022 mengenai Penetapan Logo Halal.

Surat Keputusan yang ditandatangani oleh Ketua BPJPH, Muhammad Aqil Irham pada 10 Februari 2022 itu mula berkuatkuasa 1 Mac ini.

Muhammad Aqil memaklumkan, penetapan logo halal baharu itu adalah berdasarkan Artikel 37 Undang-Undang Nombor 33 Tahun 2014 mengenai Jaminan Produk Halal dan Peraturan Pemerintahan Nombor 39 Tahun 2021.

“Logo halal secara falsafahnya menunjukkan nilai-nilai Indonesia dan bentuk serta corak yang digunakan untuk menghasilkan logo baharu itu juga melambangkan keunikan negara ini.

“Logo halal ini akan digunakan di seluruh negara dan akan dikeluarkan oleh kerajaan, bukannya Majlis Ulama Indonesia (MUI),” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap MUI, Sholahuddin al-Ayub menegaskan, penetapan fatwa halal bagi sesuatu produk tetap berada di bawah tanggungjawa majlis tersebut.

“Undang-undang negara sudah menetapkan bahawa MUI bertanggungjawab menetapkan status halal sesuatu produk itu.

“Malah, logo halal yang dikeluarkan MUI sebelum ini juga masih boleh digunakan sehingga 2026,” ujarnya.

Sementara itu, Sholahuddin enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Kementerian Agama yang ingin mengeluarkan logo halal.

Katanya, MUI mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana perkara ini (logo baharu) masih di peringkat awal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya